KELEBIHAN DAN KHASIAT HERBA MISAI KUCING
Kalau dilihat dari peribahasa ataupun kiasan Melayu yang dituturkan oleh generasi lama, memang menakjubkan. Bukan sahaja tepat pada sasarannya bahkan penggunaan perkataannya cukup halus dan berpadanan antara satu sama lain. Keindahan ini turut mempengaruhi panggilan mereka kepada pokok atau tumbuhan yang ada di sekeliling kita. Ada yang melucukan bila mendengarnya. Ada juga nama panggilan seseorang agak pelik, tetapi bersesuaian dengan rupa bentuk dan habitat flora tersebut. Antaranya ialah pokok misai kucing. Panggilan ini mungkin berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing. Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.
Walau bagaimanapun pemberian nama panggilan tersebut oleh genarasi tua, bukanlah menggambarkan sekadar ’sembang-sembang di kedai kopi’. Bahkan menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.
“Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan temubual pihak kami dengan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan,” katanya yang turut menyatakan nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus. Beliau yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini menjelaskan pihaknya turut mendapatkan cara-cara tradisional yang sering digunakan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut. Tambahnya lagi, tumpuan di dalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah. “Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering,” ujarnya lagi. Bila sudah kering kata beliau daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah.”Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis,” jelasnya.
Selain dari itu menurut Dr. Azizul, akar dan batang pokok herba misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.
“Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisaran tersebut diambil dengan cara diperah atau tapis kemudian dicampurkan dengan setengah air panas. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan,” ujarnya.
Menyedari khasiat herba misai kucing ini yang begitu mujarab untuk pesakit diabetes, Tok Guru Pondok telah mengambil inisiatif untuk mengkomersilkan herba ini dalam bentuk kopi maka terciptalah :
Kopi Pracampuran dengan Ekstrak Herba Misai Kucing Tok Guru Pondok
Isi kandungan :
* Kopi Arabika
* Gula
* Krimer Tanpa Tenusu
* Ekstrak Misai Kucing
Harga seunit : RM22 (25gm X 20paket)
1) Kopi Misai Kucing Tok Guru Pondok adalah minuman yang amat berkhasiat.
2) Misai Kucing ialah herba yang kaya dengan khasiat dan telah digunakan secara turun temurun sebagai ubat penyakit gout dan sendi (rheumatism), buah pinggang, pundi kencing dan sistem peredaran darah.
3) Ia juga memperbaiki saluran kencing sekaligus mencegah pembentukan batu karang. Ia juga tidak mendatangkan kesan sampingan terhadap buah pinggang.
4) Mengikut satu kajian, Misai Kucing juga dapat mengurangkan free radical dalam badan dan bertindak sebagai antioksida. Kajian juga mendapati ia juga berkesan merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, serta menurunkan tekanan darah tinggi.
5) Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi.
6) Ia mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing.
Maklumat Pemakanan (Nutrition Information)
Saiz Hidangan (Serving Size) : 25gm
Hidangan Per Pek : 20 paket
Setiap Hidangan : (Per Serving)
Tenaga (Energy) : 99Kcal (414KJ)
Karbohidrat (Carbohydrate) : 2.1 gm
Lemak (Total Fat) : 2 gm
Protin (Protein) : 1 gm
Setiap 100gm : (Per 100gm)
Tenaga (Energy) : 395Kcal (1654KJ)
Karbohidrat (Carbohydrate) : 85 gm
Lemak (Total Fat) : 7 gm
Protin (Protein) : 4 gm
Testimoni Pengguna :
"Makcik mempunyai masalah darah tinggi dan kencing manis semenjak meningkat umur lingkungan 70an
. Setelah diperkenalkan Kopi Misai Kucing Tok Guru Pondok oleh anak saudara, makcik menjadikannya sebagai minuman harian dan kesannya badan semakin ringan dan setiap kali pemeriksaan doktor kedua-dua penyakit berada di tahap yg stabil walaupun tidak mencapai tahap normal lagi
""
~Temah Bt Ondek - Tel: 03-60574100~