Tuesday, July 6, 2010

Info Khasiat 8 Makanan Sunnah Nabi & Di antara Yg Terbaik Di Dunia



1) Khasiat KURMA (PHOENIX DACTYLIFERA)

Kurma ialah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional. Dari segi saintifik, kurma amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Selain daripada gangguan usus, kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit.

Kurma juga merupakan penawar yang mujarab bagi mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghilangkan batuk.

Kurma adalah tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan kerana ianya telah disebut sebanyak 21 kali di dalam Al-Quran. Mengikut pendapat pakar perubatan, kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita, sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah SWT:

"Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu." (Surah Maryam: 25)

Ayat ini menyarankan kepada ibu Nabi Isa AS iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau sedang sarat mengandung.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.”

Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat.”

Selain itu terdapat kajian yang menunjukkan kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim selain berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kurma juga membantu mencegah sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan serta menambahkan tenaga seksual. Ia juga membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga berupaya melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati.





2) Khasiat HABBATUS SAUDA’ (NIGELLA SATIVA)

Habbatus Sauda’ (Nigella Sativa) atau Jintan Hitam ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Ianya digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As-Sam (maut).” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam kitab Al-Tibb An-Nabawi (Pengubatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenali juga sebagai ‘Al-Habbah Al-Barokah’. Dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan sampingan. Ibnu Qayyim menyatakan Habbatus Sauda’ berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. Terdapat juga kajian yang mendapati Habbatus Sauda’ mempertingkatkan system imunisasi badan terhadap penyakit.

Kajian juga mendapati bahawa Habbatus Sauda’ berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser. Habbatus Sauda’ juga didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.Coli, dan V.Cholera. Ini bermakna Habbatus Sauda’ juga baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

Kajian terbaru pula yang telah disiarkan di dalam sebuah majalah perubatan di negara China, bahawa Jintan Hitam (Habbatus Sauda) boleh membantu mencegah jangkitan H1N1 dengan meminum air suam yang telah direndamkan bijian hitam tersebut. Ini adalah kerana ia mengandungi nilai nutrisi yang tinggi bagi meningkatkan sistem imuniti tubuh manusia untuk melawan sebarang jangkitan virus termasuk H1N1.

Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan secara turun temurun sebagai ubat untuk segala jenis penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi,. Malah ia juga berupaya merawat bronkitis, asma,dan neurodermatitis serta pencernaan, dsb.






3) Khasiat ZA’FARAN (CROCUS SATIVUS)

Za’faran atau nama saintifiknya ‘Crocus Sativus’ ialah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat dan amat terkenal di dalam bidang perubatan. Ia juga digunakan sebagai bahan campuran semulajadi dalam pelbagai jenis makanan dan minuman serta di dalam bidang kosmetik.

Za’faran atau Saffron adalah sejenis tumbuhan berbunga yang mana stigma bunga ini diambil dan dikeringkan. Dalam kitab-kitab perubatan Islam, terlalu banyak diperkatakan tentang khasiat Za’faran, begitu juga sudut perubatan moden Barat. Ia kaya dengan vitamin B1 & B2 (Riboflavin & Thiamin).

Antara khasiatnya ialah membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah & kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, penenang diri & juga perangsang tenaga batin. Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti lelah dan demam biasa.

Dalam kitab Tibbul Imama A'li, Saidina Ali (k.w) menyatakan: "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'Asal (madu) diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."





4) Khasiat BUAH DELIMA (PUNICA GRANATUM)

Buah delima, atau nama saintifiknya Punica Granatum, mempunyai pelbagai keistimewaan. Selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai yang tinggi dari sudut kesihatan. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur yang penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Buah delima juga berupaya memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Walaupun begitu buah delima masam juga berupaya mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing. Ini kerana buah delima mengandungi bahan pencengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

Buah delima kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamin, niacin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Buah delima adalah sejenis buah yang terdapat di dalam syurga sebagaimana firman Allah SWT:

"Di dalam kedua syurga itu ada buah-buahan, kurma dan delima.” (Surah Ar-Rahman:68)





5) Khasiat KISMIS (VITUS VINIFERA)

Kismis merupakan buah anggur yang sudah dikeringkan. Kismis digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Kismis baik untuk hati, memperbaiki keanjalan kulit dan meningkatkan memori.

Selain itu ia juga berupaya melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi kerana ia mengandungi asid oleanik dan betulin yang menghalang tindakan bakteria. Kismis juga mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah yang membekalkan oksigen ke otak. Kekurangan oksigen boleh menyebabkan aktiviti harian terganggu, mudah mengantuk, pelupa dan lemah. Kismis mengandungi karbohidrat, fiber, lemak, protein, kalsium dan natrium yang merupakan mineral-mineral penting untuk badan.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian."

Nabi Muhammad SAW juga bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”





6) Khasiat BUAH TIN (FICUS CARICA)

Buah tin adalah buah yang paling istimewa di kalangan orang Islam kerana satu surah dalam Al-Quran dinamakan ‘Surah At-Tiin’. Pada buah tin terdapat sumber makanan, buah-buahan serta nilai perubatan yang tinggi. Buah Tin yang dikenali sebagai Ficus Carica adalah sumber makanan yang baik kerana ia merupakan buah yang lembut serta mudah dihadam serta mengandungi serat yang tinggi.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Makanlah kamu semua dan makan darinya (buah Tin),” Sabda Nabi SAW lagi: “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata "inilah buahnya". Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi."

Hadis ini terbukti apabila kajian yang dijalankan membuktikan bahawa Buah Tin benar-benar memberi kesan dan penawar kepada penyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan, melawaskan air kencing serta merawat batuk yang berpanjangan, selain bermanfaat untuk mengubati sembelit, bermanfaat untuk hati dan limpa.

Dikatakan bahawa Buah Tin juga bermanfaat bagi mencegah kanser. Menurut hasil kajian perubatan, selain kaya dengan kalsium dan potassium, Buah Tin juga mengandungi benzaldehyde yang bermanfaat melawan sel-sel kanser. Selain itu ia juga mengurangkan kadar kolesterol, menguatkan jantung dan meneutralkan pernafasan bagi pesakit lelah.







7) Khasiat MADU LEBAH

Madu lebah telah digunakan sejak berzaman dalam perubatan sama ada secara sendirian ataupun sebagai salah satu bahan dalam ramuan ubat tertentu. Allah SWT telah menyatakan di dalam Al-Quran bahawa madu adalah satu penawar bagi pelbagai jenis penyakit dan ia juga merupakan kesukaan Rasulullah SAW. FirmanNya:

"Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala buah-buahan serta turutlah jalan-jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang macam-macam warnanya, di dalamnya mengandungi ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah An-Nahl: 68~69)

Amalan pemakanan madu lebah secara berterusan adalah amat baik untuk kesihatan kerana ia memiliki pelbagai keistimewaan. Bagi pesakit kencing manis, kandungan gula fruktos yang terdapat dalam madu lebah mampu membakar bahan-bahan bergula yang berlebihan di dalam tubuh bagi menggantikan ketidakmampuan glukos melakukannya.

Madu lebah juga sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami penyakit limpa dan sebagai bahan yang paling baik untuk merawat luka-luka dan bengkak kulit. Pengambilan madu lebah juga mampu mengekalkan paras rupa seseorang (awet muda) sekiranya sentiasa diamalkan.
Khasiat madu lebah juga berupaya mengubati sakit perut, gastrik, resdung, sakit kepala, sakit pinggang, sakit sendi, alahan, asma, darah tinggi, menghilangkan kahak, serta menguatkan badan bagi golongan yang berumur.





8) Khasiat ZAITUN (OLEA EUROPAEA)

Zaitun atau nama saintifiknya Olea Europaea adalah sejenis buah yang telah disebut oleh Allah SWT di dalam Surah At-Tiin. Ini kerana buah Zaitun bermanfaat sebagai sumber makanan dan perubatan. Segala yang terdapat pada pohon zaitun memberi manfaat kepada manusia sama ada minyak, kayu, daun atau buahnya. Minyak zaitun amat terkenal di kalangan orang Arab kerana cahaya yang dipancarkannya adalah bersih.

Minyak zaitun juga digunakan sebagai bahan masakan dan dapat menghilangkan kesan melecur akibat terkena api dengan menyapu minyak pada bahagian kulit tersebut. Buahnya yang pahit juga dapat membaikpulih perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit, meneutralkan racun serta melambatkan tumbuhnya uban.

Zaitun juga dapat mencegah kegemukan dengan mempercepatkan pembakaran lemak dan mencegah gula diubah menjadi lemak. Selain itu, ia juga menguatkan system imunisasi tubuh. Satu kajian di Amerika Syarikat mengaitkan zaitun dengan peningkatan kadar nitric oxide, molekul jantung sihat yang meningkatkan pelebaran pembuluh darah dan aliran darah.

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Makanlah buah Zaitun dan gunalah minyaknya kerana itu adalah buah berkat.”




~~~KAEDAH PEMBELIAN MINUMAN TOK GURU PONDOK~~~

Sekiranya anda berminat untuk mencuba produk ini sila ikuti arahan di bawah:
1) Isikan dahulu 'Borang Tempahan/Info Pembayaran' di bawah ini.
2) Saya akan reply anda dalam masa 48 jam.
Jika tidak, sila hubungi saya di 013-4268676 untuk keterangan lanjut.

Kaedah Pembayaran yang diterima ialah:

1) Bayaran secara tunai (untuk yang ambil sendiri)
Anda boleh mengambil sendiri Minuman Tok Guru Pondok yang diinginkan di : Block A, Qtrs PBA, Jalan Bertam 1, Bertam,13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

2) Memindah/mendeposit amaun menerusi mesin ATM atau laman web perbankan (internet banking) .
Transaksi perlu dibuat mengikut butiran di bawah.
Sila pilih akaun yang memudahkan anda.

Bank : MAYBANK
No.Akaun : 157410092309
Nama : NOORAZAH BINTI OTHMAN

Bank : CIMB BANK
No.Akaun : 0704-1096577-52-8
Nama : NOORAZAH BINTI OTHMAN

Bank : PUBLIC BANK
No. Akaun : 4-4054582-12
Nama : NOORAZAH BINTI OTHMAN

Bank : BANK ISLAM
No. Akaun : 07043020219139
Nama : NOORAZAH BINTI OTHMAN

CAJ COURIER:
Saya menawarkan khidmat Courier kepada mereka yang jauh dengan menggunakan khidmat ABX Courier dan Poslaju mengikut kawasan yang bersesuaian.

Anda akan diberi Tracking No dan sila check status parcel anda di laman web ABX Express @ Poslaju Express. Jadi, parcel anda tidak mungkin hilang di dalam perjalanan ke tempat anda.

Caj Courier >1kg : RM6.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM12.00 untuk Sabah & Sarawak.
(Ini semua bergantung kepada berat bungkusan yang anda tempah)

PERHATIAN!!! Saya hanya menawarkan jenis KOTAK bukan papan kerana ia lebih memudahkan penghantaran ke tempat anda.

~Anda dialukan untuk mengajukan sebarang pertanyaan atau kemusykilan menggunakan 'Borang Pertanyaan' dibawah atau sms saya di 013-4268676.

Jika borang-borang dibawah tidak dapat dihantar, sila isi maklumat kemudian copy dan paste format dan emailkan ke azzaaneka@gmail.com kerana berkemungkinan masalah server sedang berlaku ~

###Sekiranya ingin bertanya mengenai stokis/dealer berdekatan tempat anda, sila hubungi pejabat 09-7713499###

***Terima Kasih***

Ada Pertanyaan? Sila Gunakan Borang Ini:

Nama:
Email Anda:
Soalan/Pertanyaan:

This online form was provided by Freedback.

Borang Tempahan / Info Pembayaran

Nama Anda *
E-mail Address: *
Alamat Penghantaran *
No.Telefon *
Nama Produk Yang Ditempah *
No.Rujukan Transaksi Bank *
Bank Penerima *
Tarikh *
Masa *
Amaun RM *
Mesej Lain

* RequiredContact form by myContactForm.com