Minuman Susu Kambing Asli Plus "Kurma & Madu".
(Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang baru belajar minum susu kambing)
Kandungan :
*
Ekstrak Susu Kambing
* Gula Halus
* Krimer Tanpa Tenusu
* Ekstrak Kurma
* Ekstrak Madu Asli
1) Susu Kambing Asli Tok Guru Pondok adalah adunan susu kambing tulen, krimerserta gula.
2) Susu kambing kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, anti arthritis serta anti barah.
3) Ia adalah susu yang paling hampir kepada susu ibu.
4) Kegemaran Rasulullah SAW meminum susu kambing jelas membuktikan kebaikanserta khasiatnya yang tinggi.
5) Susu kambing ialah sejenis susu yang mudah dihadam.
6) Ia hanya memerlukan 20 minit untuk dihadamkan berbanding susu lembu yang memerlukan 2 jam untuk dihadamkan.
7) Susu kambing mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, asma, migrain, penyakit kulit, memulihkan tenaga batin, merawat sakit jantung peringkat awal, darah tinggi, sakit sendi, batuk kering, ulser perut sertapenyakit saraf dan tulang belakang bagi golongan yang lanjut usia.
8) Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang baru belajar minum susu kambing kerana ia sedikit manis dan mengandungi campuran kurma & madu yang terbukti khasiatnya amat baik untuk tumbesaran kanak-kanak.
***Tanpa Bau Hamis Kambing***
Maklumat Pemakanan (Nutrition Information)
Saiz Hidangan (Serving Size) : 25gm
Hidangan Per Pek : 20 paket
Setiap Hidangan : (Per Serving)
Tenaga (Energy) : 99Kcal (414KJ)
Karbohidrat (Carbohydrate) : 2.1 gm
Lemak (Total Fat) : 2 gm
Protin (Protein) : 1 gm
Setiap 100gm : (Per 100gm)
Tenaga (Energy) : 395Kcal (1654KJ)
Karbohidrat (Carbohydrate) : 85 gm
Lemak (Total Fat) : 7 gm
Protin (Protein) : 4 gm
Testimoni Pengguna :
"Salam... Anak perempuan saya sejak dari kecil mudah diserang demam, selsema & batuk. Ini agak menyulitkan kerana saya bekerja & anak saya dijaga oleh Taska. Kalau anak orang lain demam, dia akan mudah dijangkiti walaupun baru saja pulih demam. Dah puas ambil ubat&antibiotik di klinik keadaannya masih tidak berubah. Menurut doktor, anak saya kekurangan antibodi melawan penyakit sehingga menyebabkan dia mudah 'panas' dalam badan. Ya, saya akui, saya hanya sempat memberinya susu badan 2 bulan sahaja kerana saya sakit & air susu telah kering. Susu formula yang saya beri tidak cukup untuknya & doktor nasihatkan memberinya minum susu formula yg mahal tetapi saya tidak mampu. Ini berterusan sehinggalah dia sekolah tadika & tidak minum susu botol lagi, saya cuba ajarkan minum susu kambing yang biasa punya. Mulanya dia tidak suka kerana tidak biasa krn sudah biasa minum susu lembu yang lemak berkrim itu. Apabila saya dapat tahu TGP mengeluarkan produk baru Minuman Susu Kambing Asli + Kurma+Madu, saya terus cuba memberi anak saya minum secawan kerana kebetulan saya amalkan pada anak saya minum madu & sebiji kurma setiap pagi sebelum ke sekolah. Alhamdullilah... dia 'sangat suka' minuman yg dipanggilnya 'susu cawan' kerana dia tahu rasa madu & kurma manis jadi kuranglah sikit 'takut'nya pada susu kambing... Saya juga sangat gembira kerana dia sudah tidak mudah demam & sentiasa cergas ke sekolah. Kalau kena selsema pun sekejap saja & cepat kering.
~Puan Noor- H/P : 013-4268676~